Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...
pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?
guru: ada sebuah ladang gandum yang luas di depan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.
pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.
guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?
pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur ke belakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya. dan itu membuatkan saya berasa sangat menyesal
gurunya menjawab: ye, itu lah cinta... kadang kala kita telah berjumpa dengan cinta sejati kita tetapi kerana manusia yang tidak tahu bersyukur itu selalu sahaja mengikut ketamakan nafsu, akhirnya di penghujung pencarian kita sendiri yang kecewa. Cinta yang sepatutnya telah berada di genggaman dan menjadi cinta yang terindah kita lepaskan begitu sahaja untuk sesuatu yang kita sendiri tidak pasti. Kemudian, apabila kita mendapati tiada lagi cinta sehebat yang pernah kita dapati dahulu, barulah ketika itu kita berasa sangat menyesal dan berharap masa akan dapat diundur kepada waktu kita menemui cinta sejati kita itu.
pelajar itu sekadar mengangguk. dalam menungnya, sangat ketara riak-riak kesal kerana terlalu mengikut perasaan hatinya yang tidak pasti dan tunduk kepada nafsu yang tamak.
dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya lagi, apa itu perkahwinan...?
guru: ada hutan yang subur di depan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur ke belakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.
pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama kemudian, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.
maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?
pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku telah berjalan di keseluruhan daripada hutan tersebut dan aku akhirnya aku tidak membawa apa-apa. Aku sangat takut akan kembali dengan tangan kosong lagi. jadi di pertengahan hutan aku telah berasa tertarik dengan pohon ini dan aku mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu di bawa kesini. pada pandangan ku ianya adalah pohon yang terbaik buat ku meskipun mungkin pada pandangan kamu pohon ini tidak sesubur, sesegar dan secantik yang kamu bayangkan. akan tetapi, bagi ku pohon ini sudah cukup terbaik untukku. Kerana itu aku menebangnya. aku tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...
maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan...... indah dan manisnya perkahwinan hanya orang yang melaluinya sahaja yang merasainya. apabila kita telah berjumpa dengan orang yang benar-benar boleh membuatkan perkahwinan kita bererti, mengetahui tanggungjawabnya sebagai suami/isteri, sebagai menantu, sebagai ipar, sebagai bakal bapa/ibu, sebagai nakhoda kepada alam rumahtangga, kita seharusnya menetapkan hati dengan pilihan kita itu kerana yakinlah muridku, itu adalah yang terbaik untukmu... kemudian, bertawakal kamu dengan keputusan kamu itu
tamat....
==============
Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, janganlah terlalu mengejar apa yang kita tidak tahu di depan kerana takut-takut yang dikendong berciciran, yang dikejar tidak dapat sehingga akhirnya nanti anda sendiri yang akan menyesal dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.
INGAT!!! orang tamak selalu rugi... bersyukurlah dengan apa yang telah kita miliki
Sekian, terima kasih... lain kali saya akan kongsikan pula tips2 serta cerita2 yang lain.
Monday, October 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment